Jejak Aramex

Aramex bermula sebagai sebuah syarikat biasa dan berkembang pesat menjadi antara salah satu jenama terkemuka atas inovasi produk yang mereka tawarkan. Syarikat ini telah menjadikan United Arab Emirates sebagai ibu pejabat mereka. Keputusan ini bertitik tolak atas faktor lokasinya yang strategik menghubungkan timur dan barat secara tidak langsung membantu mereka menawarkan penyelesaian logistik dan ke seluruh dunia. Mereka juga berupaya menjangkau perniagaan dan konsumer di peringkat nasional ataupun antarabangsa.

Aramex sangat komited untuk memajukan operasi mereka didalam dan luar negara, malah pada masa yang sama mencari peluang mengembangkan perniagaan mereka. Melalui pendekatan ini, syarikat telah berjaya memastikan perkhidmatan kurier disediakan dan berupaya menjamin kepuasan pelanggan. Ianya merupakan antara salah satu penanda aras untuk syarikat mengorak langkah lebih maju kehadapan.

Syarikat kurier ini telah pun menjadi antara pemain utama dalam usaha memperkenalkan penghantaran ekspres dan perkhidmatan logistik di peringkat global. Antara perkhidmatan ditawarkan seperti penghantaran barang logistik, penghantaran kurier, e- dagang, pengurusan rekod dan pengurusan rangkaian pembekal. Mereka mampu melakukan ini melalui model perniagaan ringan yang memainkan peranan terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh syarikat. Sama ada anda ingin melakukan penghantaran buat kali pertama ataupun anda menghantar barang bermusim, Aramex mampu menyelesaikan masalah mengikut situasi anda.

Teknologi yang sering digunapakai selalu menerajui barisan hadapan melalui rangkainnya di peringkat global. Daripada melabur kepada insfrastruktur berat, mereka lebih memilih untuk bekerjasama dengan syarikat logistik tempatan yang mempunyai rangkaian yang kuat dan penyelesaian pengangkutan yang lebih baik berbanding mereka. Ini merupakan salah satu strategi berkesan yang membantu Aramex beroperasi di Malaysia walaupun mempunyai pejabat yang minimum. Aramex percaya, pertumbuhan merupakan faktor penting untuk sesebuah syarikat kurier. Jadi, tiba masanya menuju kearah menginovasi teknologi sebagai satu langkah maju kehadapan dan mencapai pertumbuhan yang diimpikan.