Jejak AsiaXpress

AsiaXpress merupakan subset firma Pos Malaysia Berhad. Syarikat kurier antarabangsa ini fokus dalam memberikan perkhidmatan kepada klien korporat mereka dengan penyelesaian yang bersesuaian. Mereka yang berpengalaman lebih daripada 175 tahun melalui Pos Malaysia telah banyak memberikan nasihat berkaitan penyelesaian masalah terhdap isu-isu yang berbangkit, AsiaXpress sangat fokus dalam memberikan pengalaman perkhidmatan kurier terbaik di Malaysia. Kebanyakan perkara yang dilakukan oleh AsiaXpress sering berkaitrapat dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Pos Malaysia. Contohnya, tatkala Pos Malaysia mengimplimentasikan strategi teknologi canggih, syarikat kurier ini turut sama menerima tempiasnya. Pos

Malaysia di berikan mandat menyediakan perkhidmatan penghantaran nasional dan juga perkhidmatan lain seperti pembayaran bil, kiriman wang, dan perkhidmatan sampingan seperti ini yang menjadikan AsiaXpress mampu meletakkan fungsi mereka dengan sangat bertanggungjawab dan berdedikasi.

Fokus syarikat kurier ini adalah untuk menjadi antara penggerak utama dalam bisnes perkhidmatan kurier melihat kepada perspektif antarabangsa. Dengan bantuan rangkaian tempatan yang kuat dan pautan di lebih 220 negara seluruh dunia, AsiaXpress mempunyai kelebihan dalam menawarkan perkhidmatan kurier di peringkat domestik mahupun global.

Kedudukannya yang tersendiri memberi kuasa untuk menggunakan pelbagai sumber dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan. Untuk itu, anda boleh simpulkan bahawa AsiaXpress sebagai sebuah syarikat yang serba boleh, dimana perkhidmatannya menangani isu dokumen korporat, disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu.

AsiaXpress telah terbukti berjaya membentuk reputasi positif untuk organisasinya sendiri, namun mereka masih tidak mempunyai sistem penjejakan yang cekap dan boleh dipercayai untuk sentiasa mengemaskini berkait dengan status penghantaran mereka. Ini adalah ciri wajib yang mesti disediakan oleh mana-mana syarikat kurier.

Walaupun mereka masih kurang dalam bab ini, lompong tersebut telah berjaya AsiaXpress tutup menerusi penyampaian bungkusan dan dokumen yang cepat dan boleh dipercayai. Ia sangat berbangga dengan penyediaan perkhidmatan berasaskan penyelesaian yang cekap. Misi mereka adalah untuk menjadi syarikat kurier antarabangsa yang menjadi pilihan ramai. Mereka dilihat akan mampu mencapainya memandangkan pelaburan besar yang telah dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.