Jejak City Link Global Network

Penubuhannya yang bermula sejak tahun 1979 telah menjadikan City Link Global Network antara salah satu syarikat kurier tertua di Malaysia. Di peringkat awal, syarikat ini dibina atas kerjasama antara dua syarikat; City-Link Logistics dan City-Link Air Cargo. Saban tahun, syarikat ini telah berkembang sehingga mampu menyediakan lebih daripada 110 cawangan dan pusat perkhidmatan di seluruh Malaysia. Peningkatan prestasinya yang berterusan telah menjadikan mereka sebuah penyedia perkhidmatan kurier bersepadu, iaitu sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian logistik kepada semua pelanggannya sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Hal yang demikian juga telah menyumbang kepada peningkatan tahap kepercayaan dan kebergantungan pelanggan terhadap perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh syarikat ini. Dalam usaha memastikan pengurangan keluhan pelanggan terhadap barangan mereka yang gagal atau lambat dihantar, City Link Global Network telah melancarkan Proof of Delivery (POD) bertujuan untuk memberikan akses kepada pelanggan untuk menjejak atau mengesan secara langsung status penghantaran barangan mereka. Laman rasmi City Link Global Network menyediakan beberapa ciri antaranya Shipment Tracking, Pricing Queries (Penghantaran kawasan pedalaman), Express Service Calculator, Volumetric Calculator), Regional Customs Regulations, Packaging Tips, menyediakan dokumen penghantaran, buka akaun bayaran, Warehousing, Pengurusan rantaian bekalan dan pengurusan surat korporat.

Seperti yang umum sedia maklum, penyedia perkhidmatan kurier telah berusaha sebaik mungkin bertujuan untuk memastikan setiap permintaan pelanggan dipenuhi bagi setiap perkhidmatan yang digunakan.

Melihat kepada kebanyakan pengalaman pelanggan yang lepas, mereka kurang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan yang City Link Global Network sediakan. Walaupun sebilangan kecil yang mengalami kelewatan menerima barangan yang di hantar, mereka mengatakan keupayaan pengangkutan yang digunakan syarikat ini untuk menghantar barangan mereka sudah cukup memuaskan hati. Kenyataan positif seperti ini dilihat selari dengan visi City Link Global Network dimana ia cuba menjadi pilihan ramai oleh pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh asia. Visi ini hanya akan mampu tercapai apabila usaha memenuhi permintaan pelanggan sentiasa diutamakan.