Jejak DPEX

Memandangkan lanskap e-dagang di asia sedang berkembang pesat, DPEX tidak pernah berhenti membangunkan syarikat mereka sebagai pembekal penyelesaian penghantaran. Syarikat telah membina salah satu perkhidmatan kurier domestik dan antarabangsa yang bereputasi baik. Melalui lebih 30 tahun pengalaman, DPEX telah menubuhkan sebuah rangkaian merangkumi rantau ini dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang bagaimana untuk memberikan khidmat bukan saja di Malaysia malah di benua asia. Ini adalah kenyataan bahkan selari dengan moto syarikat iaitu “Knowing Asia Delivering Asia”. Moto ini sebagai laungan dimana DPEX memahami asia lebih baik daripada kebanyakan pesaingnya dan hasilnya, mereka mampu menawarkan perkhidmatan khusus untuk memenuhi permintaan yang diingini.

Setelah dimulakan di Asia dan terus bertapak ke benua lain, DPEX mempunyai rakan kongsi di seluruh dunia. Ini menjadikannya rakan pengedar yang ideal dari permulaan penglibatan terhadap proses penghantaran barangan anda hingga ke akhir. Ia bukan sahaja akan mendapatkan penghantaran yang dilakukan melalui sempadan negara tetapi juga ke negara-negara dan wilayah lain di mana ia mempunyai perkongsian. Anda boleh melawat laman web rasmi mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang operasinya.

DPEX mempunyai misi melihat ke masa hadapan dan memberikan penyelesaian yang boleh diharapkan dalam memenuhi keperluan pelanggan. Matlamat mereka bukanlah semata-mata memenuhi kehendak anda, namun lebih daripada itu. Visi mereka adalah menjadi penyedia penyelesaian terbaik untuk pasaran e-dagang Asia.

Misi dan visi ini dilihat selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DPEX. Sama ada anda ingin menyampaikan barang, bungkusan dan dokumen penting secara global atau anda mencari perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu, DPEX adalah sebuah syarikat kurier yang layak dipertimbangkan. Ia bukan sahaja kos efektif, tetapi juga selamat. Di samping itu, firma ini juga menawarkan perkhidmatan untuk barangan sensitif masa melalui perkhidmatan penerbangan premium mereka.