1. Apakah itu ExpressTrack.net?

ExpressTrack.net merupakan ‘one-stop center’ yang membantu anda menjejak penghantaran barangan anda secara atas talian dengan sangat mudah dan selesa. Anda boleh memilih daripada senarai syarikat kurier tempatan atau antarabangsa untuk menjejak dan mengesan status terkini penghantaran barangan anda.

2. Siapakah yang sesuai menggunakan ExpressTrack.net?

Sesiapa sahaja boleh menggunakan ExpressTrack.net untuk mengemaskini status penghantaran barangan secara atas talian.

Jika anda merupakan penjual yang berdagang secara atas talian, anda boleh mencadangkan pembeli melayari ExpressTrack.net bagi mengetahui status penghantaran barangan yang anda jual dan hantar kepada mereka

Jika anda merupakan pengguna yang membeli barangan secara atas talian, anda boleh menggunakan ExpressTrack.net untuk mengetahui status penghantaran bungkusan melalui nombor konsainan atau nombor penghantaran yang diberikan oleh penjual

3. Bagaimanakah saya mengguna ExpressTrack.net?

Anda boleh menggunakan ExpressTrack.net dengan dua langkah mudah. Pertama, masukkan nombor konsainan atau nombor barangan dan kedua, pilih syarikat kurier untuk penghantaran yang digunakan. Kemaskini status penghantaran barangan anda akan ditunjukkan jika nombor yang dimasukkan tadi ada didalam sistem syarikat kurier tersebut.

4. Dimanakah saya boleh mendapatkan nombor konsainan atau nombor barangan?

Nombor penghantaran atau nombor konsainan kebiasaanya boleh ditemui di nota konsainan atau bil iaitu sejenis boring yang anda perlu isi sebelum anda menghantar dokumen atau bungkusan ke pihak ketiga.

Jika anda sedang menunggu untuk barangan di hantar, nombor konsainan atau nombor barangan kebiasaanya diberikan oleh individu yang mnghantar barang kepada anda.

5. Kenapakah tidak terdapat kemaskini penghantaran atau keputusan ditunjukkan selepas saya memasukkan nombor konsainan dan memilih syarikat kurier untuk barangan saya?

Kebiasaannya terdapat dua sebab menjadi faktor perkara ini berlaku. Sebab pertama adalah kerana syarikat kurier belum lagi mengemaskini status barangan kedalam sistem ataupun sistem tidak beroperasi ketika itu. Sebab kedua adalah kerana staf yang menghantar barangan kepada anda belum lagi merancang penghantaran dengan syarikat kurier atau telah memberikan nombor konsainan yang salah kepada anda.

6. Syarikat kurier yang manakah terdapat di ExpressTrack.net?

Buat masa ini, pihak kami telah menyenaraikan 18 buah syarikat kurier di ExpressTrack.net. Antaranya termasuk Pos Laju, Pos Ekspress, Skynet, City Link, Nationwide Express, GDEX, TA-Q-BIN (Yamato), Sure Reach, ABX Express, FedEx, DHL, UPS, TNT, Aramex, Kangaroo Express, Airpak Express, AsiaXpress, DPEX. Jika anda berminat mencadangkan syarikat kurier baru di senarai kami, sila hubungi kami

7. Adakah pihak kami berkait dengan mana-mana syarikat kurier?

Tidak, pihak kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat kurier yang disenarikan di laman web ini. Sebagai contoh, kami menyediakan penyelesaian kepada perkhidmatan pengesanan Pos Laju, namun kami tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan Pos Laju atau Pos Malaysia. Kami menghantar nombor konsainan atau barangan kedalam sistem penjejak syarikat kurier dan keputusan akan dijana menggunakan sistem mereka. Sebagai contoh, anda boleh masukkan nombor konsainan bagi menjejak barangan melalui Skynet dan keputusan akan dijana oleh sistem penjejak Synet.

Objektif utama kami adalah memberikan penyelesaian yang mudah bagi menjejak barangan anda dengan kurier dan perkhidmatan penghantaran di Malaysia secara atas talian.

8. Bagaimanakah saya boleh menghubungi pemilik laman web ini?

Untuk peluang pengiklanan atau sebarang pertanyaan , anda boleh menghubungi kontak kami.