Jejak Fedex

FedEx merupakan salah satu syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, beroperasi bukan sahaja di Malaysia malah lebih 220 buah negara. FedEx memiliki infrastruktur yang terbaik dimana ianya sangat diidamkan oleh pesaingnya yang lain. Ia tidak hanya mempunyai banyak kenderaan malah kelengkapan kapal terbang juga disediakan bagi memenuhi keperluan di peringkat antarabangsa.

Syarikat ini mempunyai pengalaman luas menjadi pembekal perkhidmatan termasuk bisnes, e-dagang dan perkhidmatan pengangkutan. Saiz syarikat ini lebih mudah dijelaskan melalui pendapatan tahunan sebanyak $58 billion, satu tanda aras yang tidak banyak syarikat yang mampu mencapainya. Ia mempunyai tenaga kerja lebih 400,000 orang staf di seluruh dunia. Di Malaysia, penyedia perkhidmatan kurier ini berikhtiar sebaik mungkin untuk menyediakan piawaian terbaik yang menjadi penanda aras kepada mana-mana syarikat kurier. Mereka percaya akan menjaga amanah dan menghantar barang anda dengan selamat adalah caranya. Dengan ini, anda akan kurang khuatir barangan anda tidak sampai ke destinasi.

Menjadi antara salah satu syarikat terkemuka dalam industri pengangkutan di dunia, FedEx mampu menghantar barangan anda sama ada melalui laut ataupun darat. Bergantung kepada keperluan dan kepantasan yang anda inginkan. Pastinya kedua-dua jenis pengangkutan ini akan mempunyai caj yang berbeza bertitik tolak kepada kos operasi. Satu faktor utama yang menjadi pegangan syarikat ini adalah penglibatan mereka dalam memastikan jaminan pemulangan wang ditentukan melalui tarikh dan masa. Polisi ini hendaklah mengikut terma dan syarat. Untuk lebih memahaminya, anda dicadangkan untuk melayari laman web untuk memahami sendiri terma dan polisi mereka.

Tidak banyak komen negatif yang boleh dikatakan kepada syarikat kurier ini selain caj pengangkutan premium dikenakan. Namun, ianya dapat dijangkakan memandangkan mereka memasarkan perkhidmatan mereka secara premium. Oleh itu, keputusan anda untuk menggunakan perkhidmatan mereka tidak seharusnya berbolak balik hanya kerana kosnya yang tinggi tetapi apa yang menjadi keutamaan adalah kebolehan disediakan oleh syarikat ini.