Jejak GDex

Sebagai jenama penghantaran Malaysia, GDex telah berkembang dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan. Syarikat ini menyediakan beberapa perkhidmatan yang desediakan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang spesifik. Perkhidmatan ini termasuk: Same Day Delivery, Next Day Delivery, Diplomatic Service, Reverse Charge Service, Bulk Service dan Delivery Order Return Service.

Dengan perkhidmatan Same Day Delivery, GDex akan memastikan penghantaran (mengikut masa spesifik anda) bagi kategori penghantaran berskala domestik akan dilaksanakan pada hari yang sama barang anda dipungut. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan ini untuk hampir setiap jenis barangan termasuk bungkusan dan dokumen. Anda hanya perlu mengisi borang yang berkaitan dan Gdex melalui SSD Courier akan memungut dan terus menghantar barangan anda ke destinasi sesegera mungkin. Semestinya bayaran untuk perkhidmatan ini akan lebih tinggi kerana melibatkan kekangan masa.

Baru-baru ini GDex telah melancarkan perkhidmatan yang kurang diberikan perhatian oleh pesaing lain. – iaitu Diplomatic Service. Dengan perkhidmatan ini, syarikat mampu memenuhi permintaan kecemasan pelanggan yang harus diutamakan pada hari yang sama. Ia hampir serupa dengan SSD tapi lebih fokus kepada penghantaran barangan berharga. Tambahan lagi, GDex mempunyai kelengkapan bagi penghantaran barangan yang besar dan pukal di samping kos yang lebih murah berbanding dengan pesaing lain.

Idea polisi ‘cash on delivery’ yang digunapakai oleh syarikat kurier ini untuk penerima e-dagang
sangatlah memuaskan. Apa yang penulis maksudkan disini adalah jika anda menerima barangan yang di pesan secara atas talian dimana anda perlu membayar untuk caj penghantaran, anda boleh menunggu sehingga barangan sampai sebelum urusan pembayaran kos penghantaran diselesaikan. Perkhidmatan ini merupakan antara sebab mengapa pelanggan atas talian lebih gemar menggunakannya berbanding pesaing kurier lain.
Selain menyediakan perkhidmatan di pasaran tempatan, GDex juga mempunyai kurier ekspres antarabangsa dimana penghantaran anda dapat merentasi sempadan tanpa sebarang halangan. Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran antarabangsa, anda boleh melayari laman web rasmi mereka.