Jejak Kangaroo Worldwide Express

Kangaroo Worldwide Express ditubuhkan pada tahun 1997 dan sejak itu telah berevolusi menjadi jenama yang dikenali. Sepertimana yang ditunjukkan oleh namanya, syarikat ini telah mempunyai reputasinya iaitu perkhidmatan yang pantas dan boleh dipercayai dalam pelbagai pasaran dan bidang yang diceburi. Pada tahun 2018, ketersediaan Kangaroo mula dipersoal. Hal ini kerana, jika melayari laman web rasmi mereka, anda akan mendapat notifikasi ‘error’ dimana ianya berkemungkinan tidak aktif. Jadi kami tidak berani untuk menyatakan sama ada mereka aktif ataupun tidak.

Walaupun ketersediaan mereka dipersoal, Kangaroo memfokuskan operasi mereka memungut dan menghantar bungkusan serta dokumen. Syarikat kurier ini mempunyai perancangan untuk membangunkan lebih kurang 40 pejabat diseluruh Malaysia. Tambahan lagi, mereka mempunyai kelengkapan kenderaan yang terbaik bagi memenuhi permintaan yang semakin berkembang untuk perkhidmatan mereka.

Mereka juga mempunyai program dimana mereka akan mengangkut item ke lebih 180 negara di peringkat global. Dengan pelaburan insfrastruktur yang sangat besar, agak mendukacitakan dimana tahap ketersediaan mereka masih samar. Pun begitu, berkemungkinan akan berlaku satu kerjasama dengan syarikat kurier yang lain di masa hadapan.

Sekiranya Kangaroo mempunyai rancangan untuk bangkit semula melalui kerjasama, berkemungkinan tindakannya itu boleh meragukan pelanggan mereka. Pendekatan terbaik adalah untuk terus memberikan khidmat untuk pelanggan tetap mereka sebelum memutuskan untuk bergabung dengan yang lain supaya ianya membantu peluang pertumbuhan yang lebih baik di masa hadapan. Ketika mereka masih aktif, Kangaroo mempunyai ramai staf berdedikasi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk Next Day Delivery, Same Day Delivery dan perkhidmatan penghantaran barang. Dengan bantuan rangkaian strategiknya di Malaysia dan kerjasama dengan beberapa syarikat kurier penghantaran antarabangsa, Kangaroo mampu menawarkan perkhidmatan yang pantas dan kurier logistik yang boleh dipercayai dan perkhidmatan penghantaran yang relevan. Sama ada pelanggan mahukan barang dihari yang sama atau dalam masa yang ditetapkan, Kangaroo telah berjaya menghantar tanpa sebarang kelewatan. Ketika itu, banyak maklumbalas yang mereka terima sangat positif dan membina.