Jejak Nationwide Express

Semasa penubuhannya pada tahun 1985, Nationwide Express adalah antara peneraju perkhidmatan kurier di Malaysia. Sejak awal lagi, ia telah beroperasi sebagai penyedia perkhidmatan kurier; iaitu antara salah satu faktor yang boleh menerangkan bagaimana perkhidmatan mereka mampu mencapai sehingga ke beberapa kawasan pedalaman di Malaysia. Syarikat ini ditunjangi oleh tenaga kerja lebih 1600 orang staf. Tugasan staf ini pula dipermudahkan lagi dengan kelengkapan lebih 500 buah motosikal dan 240 buah kereta. Semua ini disediakan bagi membantu Nationwide Express melancarkan proses penghantaran bungkusan dari pintu ke pintu. Walaupun sejarah permulaanya menghadapi cabaran yang sukar, namun, sehingga kini, syarikat ini mempunyai reputasi sebagai antara penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai dan efisien terhadap kedua – dua penghantaran bungkusan ringan dan berharga.

Sebagai jenama yang pernah menerima anugerah dalam kategori penyedia perkhidmatan kurier, sukar untuk bersangka buruk terhadap perkhidmatan Nationwide Express. Bukanlah mereka tidak pernah dikritik, namun, faktanya adalah mereka juga telah mendapat pelbagai komen positif yang diberikan oleh badan penyelia berbeza dimana mereka kini sudah satu langkah kehadapan dalam menjadi sebuah jenama premium. Kesannya, harga yang diletakkan seringkali sedikit berbeza berbanding pesaing lain walaupun barang yang ingin dihantar mempunyai ciri dan destinasi penghantaran yang sama. Bagi tujuan menarik lebih ramai pelanggan, Nationwide Express dicadangkan untuk mengkaji semula harga untuk perkhidmatan mereka.

Secara keseluruhan, prestasi Nationwide Express sebagai sebuah penyedia perkhidmatan kurier yang pantas dan efisien akan terus menjadi peneraju dalam industri ini. Sehingga kini, ia telah mempunyai 180 rangkaian di lokasi strategik yang membantu mereka menguruskan lebih 70,000 bungkusan dan barangan setiap hari. Reputasi seperti ini adalah salah satu asbab yang membolehkan syarikat kurier ini menjadi sebutan ramai. Cita-cita dan kecemerlangan yang mereka tunjukkan juga layak dipuji.