Jejak Skynet

Skynet mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun menyediakan perkhidmatan kurier sama ada kepada pelanggan tempatan mahupun antarabangsa. Ianya yang ditubuhkan pada tahun 1992, bukan sahaja memberikan perkhidmatan kurier di Malaysia, malah ianya melibatkan penghantaran ke hampir seluruh dunia. Di pasaran tempatan, syarikat ini telah membangunkan lebih 80 cawangan di lokasi strategik bagi memudahkan capaian mereka terhadap pelanggan. Jadi, jika anda berada di negara ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan Skynet untuk menghantar item di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Antara perkhidmatan disediakan di cawangan Skynet ini adalah ambil & bungkus; Udara dan Lautan; pengangkutan antarabangsa; perkhidmatan kurier; juga projek khas apabila mempunyai permintaan dari pelanggan. Polisi Skynet sentiasa menekankan bahawa kepuasan pelanggan merupakan keutamaan mereka yang bertitik tolak untuk syarikat penghantaran ini terus memberikan perkhidmatan kurier terbaik kepada pelanggan kesayangan mereka.

Sebagai sebuah syarikat kurier antarabangsa, Skynet telah berjaya membina jenamanya sendiri. Bagaimanapun, kehadirannya di pasaran Malaysia menerima persaingan yang kompetitif daripada syarikat lain yang mempunyai lebih banyak cawangan dan ejen di seluruh negara. Dalam usaha menjadi pilihan utama, mereka telah berusaha bagi memperbanyakkan cawangan mereka. Ianya merupakan alternatif yang berkesan kerana masih terdapat banyak lagi syarikat tempatan yang menyediakan kurang daripada 80 cawangan.

Sejak mula beroperasi di Malaysia, Synet menunjukkan prestasi peningkatan yang berterusan. Perkembangan ini telah menyaksikan pelanggan memberikan kepercayaan penuh tatkala mereka mula untuk menegakkan polisi penghantaran yang tepat dan boleh dipercayai. Syarikat ini telah membangunkan antara salah satu sistem ICT terbaik yang mampu menyimpan dan mengurus privasi pelanggan mereka. Melalui sistem ini, Skynet telah meningkatkan tahap kebergantungan dan keberkesanan yang seterusnya membantu memenuhi kehendak pelanggan. Polisinya yang memastikan keselamatan pelanggan adalah antara faktor penarik untuk menggunakannya.