Jejak Sure Reach

Sure Reach bermula pada tahun 2004 oleh sekumpulan pemuda professional dengan visi untuk memperbaharui landskap kurier Malaysia. Di peringkat awal penubuhan, mereka hanya dilengkapi dengan beberapa kenderaan dan pejabat. Kemudian ianya mula berkembang menjadi antara salah satu syarikat kurier yang mempunyai reputasi hebat di Malaysia. Hari ini, mereka mempunyai 100 kenderaan berdaftar dengan nama syarikat dan menggaji lebih 300 orang staf bagi membantu memenuhi kehendak lebih banyak pelanggan. Gerak kerja firma mereka lebih berorientasikan teknologi kerana mereka cuba menyelesaikan proses penghantaran dengan hanya satu panggilan.

Bagi memastikan Sure Reach mengambil kira akan pengimejan dokumen dan pengurusan rekod, dua buah institusi rakan niaga begabung pada tahun 2010. Kerjasama antara Sure-Reach dengan penyedia korporat dan servis pelaburan dilihat sebagai salah satu tindakan tepat yang membantu memperkasakan Sure Reach untuk lebih maju dan berdaya saing. Sebagai sebuah syarikat, polisi mereka adalah untuk memberikan perkhidmatan dengan cara paling professional semasa berurusan dengan pelanggan bagi memberikan mereka keselesaan. Ini merupaka polisi yang telah melihatkan Sure Reach menerima banyak pengiktirafan disebabkan inovasi dalam penambahbaikan yang mereka hasilkan.

Perkhidmatan kurier kebiasaannya memberikan servis terbaik. Umumnya, syarikat kurier sentiasa berusaha untuk berbakti terhadap pelanggan dalam usaha menjadi peneraju dalam industri. Walau bagaimanapun, usaha sedemikian mungkin sedikit lembap kerana kurangnya frasa menarik yang dapat memastikan pelanggan bercakap tentang firma sepanjang masa. Sekiranya anda mempunyai frasa yang menarik seperti’ Delivering Excellence,’ sangat mudah untuk menjadi nama yang disebut ramai.

Dengan bergantung kepada nilai dan karakter, Sure Reach tidak hanya fokus kepada perkembangan komersial malah juga memberikan impak positif terhadap orang ramai dan komuniti secara keseluruhan. Syarikat kurier ini beroperasi berlandaskan kepada 5 kualiti utama yang dipercayai menjadi sebab kejayaan organisasi ini iaitu: Flexibility, Initiative, Responsibility, Security, Thoroughness. Kualiti ini diberikan singkatan akronim “FIRST”.