Jejak Ta-Q-Bin

Ta-Q-Bin merupakan salah satu penyedia perkhidmatan kurier yang sentiasa memastikan kepuasan dengan berorientasikan kepada tahap keselesaan pelanggan. Polisi syarikat menekankan keperluan kepuasan pelanggan dimana setiap tenaga kerja telah dilatih untuk melayan pelanggan dengan baik. Satu ciri utama mengenai syarikat ini adalah kesediaan mereka untuk menghantar semula barangan jika anda tersilap. Ingatkah lagi ketika anda terlupa mengambil bungkusanl anda disebabkan pelbagai faktor tak terduga? Jangan khuatir kerana Ta-Q-Bin sedia untuk membantu. Staf kurier akan mendapatkan anda mengikut kesesuaian masa tanpa perlu dikenakan sebarang caj tambahan.

Memandangkan anda diberikan informasi (masa penjejakan) melalui laman web, Ta-Q-Bin memastikan yang anda akan menerima perkembangan terkini perjalanan barangan anda. Anda akan dimaklumkan apabila barangan anda mula dipungut dari cawangan dan bila anggaran ia sampai ke destinasi. Tambahan pula, penerima akan mendapat mesej pemberitahuan mengenai proses penghantaran yang sedang berlaku. Oleh itu, kemungkinan untuk kehilangan barang yang dihantar sangatlah tipis.

Melalui analisis yang dijalankan, Ta-Q-Bin kekal sebagai satu-satunya syarikat yang mengambil kira status pelanggan sebelum mula menghantar barangan yang ingin dihantar. Mana-mana sahaja suhu kawasan yang anda ingin barang anda dihantar-Sejuk, Terik dan Beku.

Harga yang dikenakan juga berpatutan dimana ianya dikira mengikut berat dan saiz barangan.
Begitupun strategj Ta-Q-Bin berkesan kepada syarikat, banyak lagi yang perlu diperbaiki antaranya kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan. Syarikat kurier ini harus mempelbagaikan lagi perkhidmatan supaya mereka mampu mendapatkan reputasi sebagai sebuah jenama yang perlu ditandingi. Tambahan pula, idea untuk mengembangkan akses ke lebih banyak kawasan pekan di Malaysia hendaklah diambil serius.

Secara umumnya, taktik Ta-Q-Bin masih mampu memberikan kesan selama mana orang ramai mahu dilayan secara adil oleh pekerja mereka – siapa yang tidak mahu ini?