Jejak TNT

TNT telah beroperasi lebih 70 tahun. Agenda utama syarikat adalah untuk menghubungkan semua dari seluruh pelusuk dunia melalui penghantaran dokumen, bungkusan serta penghantaran barangan. Bagi memastikannya lebih berkesan, mereka mengintegrasi dan menjaga serta mengambil berat akan sistem penghantaran supaya perhubungan di antara mereka dan pelanggan tidak pernah putus. Apa sahaja yang ingin dihantar ke Malaysia mahupun seluruh dunia, atau dimana sahaja destinasi yang ingin dituju, TNT menjamin akan penghantaran yang menepati waktu dan pantas.

Selepas sahaja staf kurier mengutip bungkusan anda, sehingga ketika pelangganan akhirnya mendapat item tersebut, TNT akan memastikan anda dan pelanggan anda terlibat secara langsung sepanjang keseluruhan proses. Mereka berupaya melakukan sedemikian disebabkan pengurusan rangkaian penghantaran pintu ke pintunya yang berkesan. Anda tidak perlu khuatir kerana syarikat ini menyediakan platform penjejak atas talian dimana anda boleh menyaksikan sendiri keseluruhan proses itu berlaku. Manakala bagi bisnes ataupun individu yang mempunyai keperluan spesifik terhadap penghantaran barangan mereka, TNT menawarkan alternatif bagi memenuhi keperluan tersebuat supaya pelanggan boleh fokus terhadap pengembangan perniagaan dan tidak perlu khuatir memikirkan bagaimana hendak mnghantar barangan sampai ke destinasi
Terdapat juga pelanggan yang menginginkan penghantaran segera. Kes seperti ini juga TNT ada penyelesaiannya. Dengan sistem penghantaran Next Day, syarikat kurier akan memastikan barangan anda dikirim sepertimana yang diinginkan dan tepat pada waktu yang dikehendaki. Pastinya had masa ditetapkan terkadang agak sukar untuk diberikan 100% jaminan kerana ada kemungkinan untuk gangguan luaran berlaku tanpa diduga. Pun begitu, syarikat kurier ini akan sentiasa berusaha keras memastikan barangan kecemasan anda sampai ke destinasi.

TNT mempunyai perisian yang boleh dimuat naik ke telefon bimbit anda supaya anda akan sentiasa dikemaskini dengan status penghantaran barangan anda. Perisian ini boleh dimuat turun di Google Play dan App Store. Melaluinya, anda akan diberikan maklumat terkini sesudah barangan anda sampai ke destinasi. Perisian ini mempunyai beberapa ciri termasuk Track & Trace, Shipment
details, Quote & Time, dan instant notifications.