Jejak UPS

UPS ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1907 sebagai sebuah syarikat penghantaran yang fokus untuk mengirim surat dan bungkusan ringan dari satu lokasi ke destinasi yang lain. Disebabkan strategi permulaan syarikat yang tersusun, UPS telah berjaya melakukan anjakan paradigma menjadi sebuah syarikat berpendapatan tinggi, seterusnya memudahkan perhubungan perdagangan bagi segenap lapisan tidak kira atas kapasiti individu mahupun bisnes. Semenjak awal penubuhannya, UPS berkhidmat untuk menjadi terkenal dikalangan orang ramai. Ia sememangnya telah mencapai matlamat tatkala orang ramai ketika ini lebih mudah membezakan perkhidmatan mereka dengan pesaing lain. Semua entiti tidak kira secara individu ataupun perniagaan di seluruh dunia mahupun Malaysia sendiri sangat mengagumi jenama dan kepelbagaian perkhidmatan yang syarikat ini tawarkan.

Sebagai sebuah syarikat penyedia penghantaran global dan perkhidmatan logistik dan pengangkutan, UPS cakna akan pengaplikasian teknologi terkini terhadap semua sistem mereka. Mengawal selia kuantiti barangan yang banyak bukanlah mudah, justeru, keputusan menuju kearah syarikat berorientasikan teknologi bagi menyelesaikan masalah adalah satu tindakan yang bijak. Barangkali jika tindakan bijak ini tidak dilakukan, mungkin ramai tidak akan memuji kecekapan syarikat ini bekerja. Dengan bantuan teknologi dan tenaga kerja yang berdedikasi, UPS mampu untuk menguruskan barangan, tunai, dan aliran informasi di lebih 200 negara termasuk Malaysia.

Terdapat juga penjejak UPS yang mampu mengurangkan kerisauan pelanggan akan status penghantaran mereka. Melalui khidmat bantuan ini, ianya boleh diandaikan seperti setiap langkah barangan anda bergerak anda boleh merasakannya tidak kira di kawasan berhampiran mahupun di seluruh dunia. Anda tidak perlu lagi panik akan kemungkinan berlaku kehilangan ataupun barangan anda dihantar tersalah alamat. Melalui terma dan syarat yang disediakan, UPS mengambil sepenuh tanggungjawab bagi memastikan barangan anda sampai ke alamat ditujui.

Syarikat akan cuba untuk menuntut semula barangan dan jika kesalahan penghantaran berlaku. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya pada garis masa yang ditetapkan kerana ada kemungkinan berlakunya gangguan luaran tanpa diduga.
Secara kesimpulan, UPS adalah antara pilihan yang digalakkan kepada pelanggan jika anda hendak menghantar barangan yang besar, berharga dan sensitif terhadap masa.